Assalamualaikum.
Ok. This is my second entry .
Nak bebel pasal mereka2 yang suka post dekat moment wechat , lebih kurang 10 kali sehari , dan semua yang dipost tu bikin org serabut dan terlalu tidak penting dan membosankan dan buat meluat:
*muka macam ustazah ready to "fire" bebudak ponteng solat jemaah*
1) Memanglah itu moment awak. Memang hak awak nak post2 kat
moment tu. Tapi tolong la, consider pasal orang lain yang friend dgn awak tuh. Penuh
wall kitorang dgn moment awak yang entah apa2 tu je. Seolah dipaksa baca those
bullshits.
2) Makan ikan goreng pun nak kecoh bagitau kat wechat . ya ampun.
Just eat it .silently. boleh tak?
3)Lagi satu, penuh post pasal BF BF BF BF. Eh cik kak, org
lain pun ade BF . tak macam awak. Naik moto dgn BF pun nak bagitau. Bukan
sekali. Like 10 times a day. Duk uuuulang bende same. BF BF BF BF. Sweet2 ngn BF
nak bgtau org. Gaduh dgn BF pun nak bgtau. Nak cite pasal BF awak sekali sekala
sokay lah. ni sepuluh kali sehari , melampau!
4)Suuukaaa post yang kononnya awak tu cool. Or ala2
gangster. Tetak orang bekecai otak. Kak Yong kawasan gitu. Contohnya “Gua
bagitau lu la, gajah susah tumbang, lu jgn nak cari problem dgn ini gajah, lu
cari problem, lu tumbang, gua bikin ini janji sama lu!” hmmmmmmmmmmmmmmm.
Gangster sangat. Takot makcik eton. Sob sob!
5)Then cakap, “Tak suka BLOCK lah gua. Ni moment gua. Gua punya
suka lah”
Aku block kau plak yang terasa nanti.
Konklusi:
Serabut sgt ,i removed dia! .
fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Lega.
Senang cite. Malas nak melayan.
Entry ni bukan berniat untuk membebel semata, tapi juga nak
bagi nasihat nak bagi orang yang ade perangai macam ni celik. Orang taknak tahu
semua activity harian awak. Bagitau mana yang penting or menarik. Makan ikan
goreng sangatlah tak menarik so tak perlu bagitau. Sekian.
- --This is my opinion . kalau sudi, kongsikan
pendapat awak2 di ruangan komen. Kalau ada teguran atas kekurangan i pun
silalah utarakan di ruangan komen. Thx!--
xoxo,
Naju Yusoff
No comments:
Post a Comment