Monday 31 March 2014

Usaha + Doa + Tawakal = InsyaAllah Berjaya !

Assalamualaikum

SHORT NOTE

pada i , kalau nak sesuatu kita kena usaha + doa + tawakal . kalau hanya doa + tawakal tanpa sebarang usaha , uols rasa akan brjaya ke dpt apa yang kita hajati tu? tak. mgkin dgn keajaiban. tapi keajaiban bukan slalu brlaku dan bukan brlaku kat semua org. so USAHA tu penting dalam mendapatkan apa yang kita nak!

Hadiah sempena ulangtahun ke-2 Zalora

Assalamualaikum

hey peeps. nak hadiah dari zalora.com tak?

kalau nak. senang aje.

untuk mereka2 yang ade kakaotalk !

okay yg mane takde tu p download cepat.

i taktahu la sampai bila dia bagi gift ni kan. tp i baru tebus i punya harini hehe

yang i dapat 


but not so lucky. only dpt 25% discount. kalau u lucky u mgkin dpt kasut melissa yg harga beratus tuuu!

ok.

1) pastikan ade kakaotalk

2) cari "plus friend"

3) add kakao malaysia

4) add zaloraMY

*i think better u add semua yg femes dlm list tu, for example LazadaMY , starbucksMY , sebab next time myb dorang plak yang akan bagi gifts, sales and banyak lagi! add je semua. tak rugi pun !*

5) tunggu notifications dari kakao malaysia.

6) bkk link yg dia bagi and then follow the steps yang dia arah.

*nanti dia akan suruh pilih antara 3 kotak hadiah. baca bismillah sebelum pilih :D hehe*

senang! jgn malas. cepat buat sebelum tamat. :D

Goodluck peeps!

xoxo,
Naju Yusoff

Sunday 30 March 2014

Cara senang dan murah untuk remove unwanted hair

Assalamualaikum

macam mana uols remove ur unwanted hair? *haha tetiba tanya hal peribadi org*

mesti ramai yang shave kan?

i rasa mostly org guna shaver or hair removal cream.

in my opinion , dgn shave boleh menyebabkan kulit jadi hitam . and shave tak brape clean so akan buat kulit kita gatal2. kalau u garu , lagi hitam la jadinya. kalau salah shave boleh luka plak. hmm

kalau guna cream plak? u kene tunggu lama dalam toilet. nak sapu cream tu lagi. nak tunggu berminit2 lagi. nak bersihkan lagi. and kadang2 kulit i la , jadi merah2 sebab bahan kimia kot. i pun tak sure kenapa. i tunggu takde la more than 10 minutes pun. kadang tu da tunggu lama pun kesan dia tak clean sgt. so cara ni pun i tak suka.

habistu nak buat cane? tarik satu2?

eh taknak. susah nak tarik satu2. juling mata!

p treatment yang memahal tu?

takde maknanya. i ni baru student!

habistu? *cakap sorang2*

i prefer guna wax strips. senang. just "panaskan" guna tangan. rub2 je dengan tangan dlm 30 secs. then u bukak strip tu then u apply je kat kawasan u nak remove hair tu. lpstu tarik. boleh guna byk kali untuk satu strip.

kalau yang tak pernah tengok rupa dia , meh i tepek . hehe. i amek pic2 ni kat guardian.com.my





dia banyak jenis and jenama. so u pilih which one yang u rasa sesuai dgn u. kalau untuk remove unwanted hair dekat face , i rasa better guna yang Nair untuk face punya. tapi make sure baca leklok caution dia. jangan main beli n pakai aje. kalau kat situ dia tulis jangan pakai dekat cuping telinga jgn ekau memandai p guna kat situ plak!

wax strip ni banyak jenis , ada yang untuk facial or sensitive part . ade yang untuk tempat2 biasa macam kaki , tangan , armpits . so kene pandai pilih.

kalau tak tahu nak beli kat mana, senang cite beli je kat guardian. kalau malas or malu nak pegi beli kat guardian , u beli je secara online. kan ade online.guardian.com.my . senang! memangla u kene bayar postage bagai , tapi da jimat duit minyak nak p mall semate nak beli benda ni satu je. penat pun idok, just order , make payment , sahkan , then tunggu org hantar :)

ohh harga. harga kat guardian dalam rm12+ lah tak silap. ikut jenama and jumlah strips dia lah. tapi tak mahal pun. inshaAllah mampu beli. hehe.

thats all. i hope bermanfaat lah entry i ni :p

xoxo,
Naju Yusoff

Saturday 29 March 2014

Beauty tips Makcik Esah

Assalamualaikum peeps

sebab malas lagi nak start study , i pon mengade la nak post short entry.

konon nak ngajo org pasal beauty . diri sendiri pun mcm hantu kak limah . ekekeke

ok.

1) Penjagaan rambut : Jangan kerap shampoo

jangan wash * maksudnya shampoo*  rambut uols everyday . sebab kerap shampoo boleh buat rambut kita jadi kering then kulit kepala pun kluarkan extra minyak sbb nak ganti / "moist" kan balik rambut kita. result nya , mula2 kering lepastu over berminyak! bukan setakat tak gojes , gatal + rimas jugak.

2) Penggunaan lipstick : Guna lip liner


contoh lip liner . www.sephora.com.


kalau nak bibir yang nampak hot lg sexy buat cik abang pengsan *geli sangat ok* pakai lipstick warna merah tapi jangan merah yang kehitaman tu . mcm kene gigit ular jd nya. pakai yang red tp tak terlalu bright tak terlalu dark. then jangan lupa pakai lip liner. ni untuk cover tetepi bibir yang tak leh sental lipstick tu and untuk buat bibir kita nampak "bentuk" .

ok itu sahaja beauty tips makcik esah nak kongsi harini. sebenarnya makcik esah pun bukan amal sgt. ikut bila makcik ghajin. :D kalau nak ke kelas memang tak la makcik esah nak rerajin ghupa gitu.

"pengetahuan" ni i blaja dari kekawan yang pro pasal makeup , ada yang i baca2 dari beberapa majalah kecantikan or from the internet  ( banyak sgt sumber and da lama baca so tak tahu nak bg "penghargaan" kat majalah/web mana :p ) and dari pengalaman i jugak. so kalau nak percaya silakan , taknak pun silakan :D

xoxo,
Naju Yusoff

i heart Kei&Kori !

Assalamualaikum

Yay! akhirnya i boleh follow org. google da tak gila. Alhamdulillah :D

amboi excited bebenor. hikhik. yelah. dah lama bikin blog tp asek takleh follow je.

Ok.

Harini i nak share dgn uols pasal one of my fav brands. Kei&Kori ! sape peminat tegar zalora mst tahu Kei&Kori .

i amek semua pic dari zalora.com!


sangat suka baju dia.

tapi malas nak tepek pic yg ada model. model dia cantik sgt nnt korang melting * alasan yang tak munasabah langsung! *
i like this one. simple :) dia takdela oversize sgt tp tak ketat

ni design yang sama tp warna grey! nmpk effortless tapi stylish

so girls . p la usha2. mana la tau kan kene dgn taste uols

nah senang keje http://www.zalora.com.my/women/kei-kori/

i suka tops dia yang oversize . so i sarankan uols beli oversize top ! sangat comel tengok perempuan pakai oversize top. i pun nak grab nanti. tengah mengumpul :p

model dia pakai nmpk lg lg lg menawan hati baju ni. besela modelnya hot

daripada pakai baju yang ketat lagi melekat , tak comel. kene scan . buruk dapat dosa pun dapat . hehe . jet2 ustazah gitu .

ok honest lah. kebanyakan baju2 i pun ketat lagi sendat melekat. sbb tu trend sebelum ni. sekarang trend sopan sikit. orang nak style skrg tak pakai baju ketat dah. dia oversize. baru ala2 korea gitu :p ekekeke.

ini sweat top dia. dia warna grey+blue tp pic ni nmpk dia dull skit. 

so kalau nak nampak style tak payah sesusah pakai baju ketat susah nak bernafas lagi , u pakai baju longgar2 plak. haaaa comel! i jamin . tapi jgn sampai labuh kelantai or menggelebeh sangat mcm nak terbang. oversize pun jangan la over ;)

goodluck shopping ! :D

p/s : ini opinion i mengikut taste i lah. kalau tak suka jangan membebel :p

xoxo,
Naju Yusoff

Tuesday 25 March 2014

How to release tension

Assalamualaikum peeps :)

today i stress sgt. sir J . yes him. *buat-buat kenal la sape, he is the "best" lecturer ever!*  dia buat i bengang. i taktahu la tahap kedekut macam mana dia bg mark. segaban mana pun i study , carry mark dia yg lowest antara semua marks yang i dapat. *kemungkinan sebab i mmg B.O.D*

i memang upset sangat. tapi bila pikir balik. i rasa dia buat cenggitu sebab nak latih kami students dia untuk study harder . kalau carry mark memudah je dia bagi tinggi. mesti semua pakat leka. *cuba untuk berfikir secara positip*

baiklah. lupakan pasal sir J .

sebab i stress sgt , i decided to watch DanKhoo productions punya vids on youtube.

and Alhamdulillah , sebab kelakar sangat me n my dear friend munir gelak2 macam org gila and hilang la stress tu sikit. :D

walaupun it was 2.30 am . hopefully tak ganggu makhluk2 lain nak tidur. hihi. sorreyhhh

yang i suka pasal DanKhoo punya vids ni , dia kelakar but at the same time dia bagi pengajaran. bukan just vid buat lawak bodoh sbb nak jd glam. i rasa i da tengok all DanKhoo's vids . awesome! takde pun yang tak best.

yang paling i suka , "your first time ah?" . hahahaha lawak habis. dia pasal laki yang first time nak beli condom. agak melucah sikit la. *tak lucah pun sbb dia guna pisang and cucumber . hahaha* tapi vid ni sangat bagus , dia ajar cara lelaki nak pakai condom dgn betul. and vid ni nk bg kesedaran kpd kita tentang kepentingan guna condom, untuk mengelakkan terkena jangkitan HIV yang boleh membawa kepada AIDS.

satu lagi yang i suka , vid dia yang pasal PDA . i wish couple yang suka sgt beromen dpn org ni tersentap tgk vid ni . haha :D


selain dari DanKhoo productions, i suka JinnyBoy jugak. ABUDEN?! haha. i suka mama jinny . shes so cute.


sesape yang tak pernah tengok , i sarankan u tengok espc masa u stress. very helpful . enjoyyyyyyyy

xoxo,
Naju Yusoff



Monday 24 March 2014

Girls , engineers are so damn HOT!

Assalamualaikum.

Oleh kerana otak i dah hampir beku study untuk exam petang esok. i decided to post an entry! yeah :p
walaupun dah pukul dua pagi , tak gheti nak tidur da tau malas nak study. sebab i telan dua cawan nescafe.
i'm sooooo addicted to nescafe. or any type of coffee . i tak suka air ber-gas . i suka rasa pahit coffee ;}

ok. enough. jom p seteghet to main point dia.

so.
muka cenggini pun takpe :p i amek dari glsindia.com

tengok tittle entry ni lagi skali ye girls. tengok. tengok.

sila setuju.

engineers memang HOT . tak berape kesah lah cane rupa dorang. fizikal diorang.
botak ke . boroi ke. hidung terkeluar dari landasan ke. mata sepet mcm buta ke. whatever lah. for me , as long as he is an engineer , dia still hot. kalau yang hensem tu bonus berganda-ganda la kiranya. idk y sebenarnya. hehe. actually it is hard to explain why i think so.

sejujurnya i rasa sebab gaji dia kot. hehehehehe.

zaman sekarang , size muscles tak penting , ketebalan dompet tu penting. haha. bunyi macam perempuan pisau cukur pun ada. tapi itulah. nak hidup dalam dunia sekarang. duit penting. dengan muka hensem , agak impossible nak beli makan nak kenyangkan perut anak bini kalau duit zero. so duit main peranan yang lebih penting dari muka. sila setuju walaupun anda geleng kepala.

so girls , kalau ade engineer muncet , hidung terpeleot kejar-kejar u. sila terima. tapi tanya dulu gaji dia. mehmehmehmeh. and suruh dulu dia tukar atleast 5 benda termahal milik dia ke nama u. ekekekeke.

gelak gelak jugak , i serius ni *buat muka serius angkat kening sebelah sambil angguk2*

oklah. gurau. just pendapat i yang mengarot la. *walaupun i setuju dgn pendapat sendiri tanpa ragu-ragu*

macam mana pun cinta tu lebih penting. sebab being with the person that u love akan buat u bahagia sentiasa walaupun u jadi kurus kering sebab kebuluq. kerna cinta itu magissssssssss . *i tak setuju i tak setuju*

ok ni yang paling penting. i rela tak kawen dgn engineer pun kalau engineer tu perokok. mmg lah Allah yang tentukan ajal maut tapi kita kene la berusaha elak benda buruk jadi kat diri kita. kepada perokok2 sekalian alam , u nak mati awal , u nak bunuh diri dengan cara merokok , silakan. tapi jangan sambil2 bunuh diri tu bunuh orang lain jugak . merokok tempat yang betul2 takde org lain slain u. or lebih creative, u can pakai balang cover ur kepala while u'r smoking? haha. lawak bodoh plak. tapi ini serius. kalau tak sayang diri sendiri , sayang dekat anak bini awak tu. jangan bunuh diorang :/

xoxo
Naju Yusoff




Something Borrowed punya barang sangat ohsemmmmm

Assalamualaikum

ok. i know ni dah second entries for today. tapi i cant help it. so , sorry. gotta share this for my own sake or i cant continue study for my final exam coz my brain will keep thinking on posting an entry about SOMETHING BORROWED .

oleh itu tanpa membuang masa lagi i nak share dgn uols pasal something borrowed. it is a brand name. u can check it out on zalora.com .

nama pun dah unique "something borrowed" . i rasa most of u dah tahu pasal brand ni kan. i know i know. tp i nak share jugak untuk mereka2 yang tak tahu. hihihi. i memang suka share pasal barangs or products yang i suka sebab ... ummmm ummmmm ... mungkin sbb i perasan diri i and my choices are awesome? hehehehe . idk. tapi i think better share ur interests than share pasal ur problems with ur pakwe . bikin serabut otak org je *ceh. mcm tak pernah buat*

lemme show u some of their products .  jengjejeng!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

framed miniaudiere in red colour RM59. ade warna biru jugak RM49 

ini unik. cork material. RM49

yang ni blh see thru. RM79

ini mcm yang tadi tapi dia warna hitam kat tepi and a bit cheaper. RM39

ni baru sikit kawan-kawan. ada yang lagi banyak dan busat menunggu anda di Something Borrowed. hehe. i pun nak grab 1 2 barang. duit ooo duit.

bukan bags je. baju , shoes and other accessories pun ada. shopping antara jalan yang bikin hati wanita hepi. da shopping tu boleh la melaram dgn barang yang uols beli, like a diva! extra hepi disitu. so hepi kan hati anda dengan shopping something borrowed punya products :D ok thats all.

xoxo,
Naju Yusoff


Sunday 23 March 2014

Jom shopping kasut kat VICNITY !

Assalamualaikum

Harini i nak share pasal satu online shop yang jual bermacam jenis kasut. Sangat cantik weh kasut-kasut dia. i pun rambang mata. lagi-lagi pulak banyak creepers!

i sangat suka creepers . sebab dia jenis platform tapi dia bukan jenis heels. faham tak? ekekeke. i pun rasa terbelit otak dengan ayat sendiri.

kalau korang yang tak begitu "fasih" *pn boleh :D* cane tu creepers. bia i tepek pic dia.

Ni black floral creepers yang i da order. huwaaa tak sabarnya!

sape beli creepers mcm ni, i cubit dia sampai lebam. hehe.

ni pun i suka. tapi kene tunggu ada duit lagi la. sobs

cantik kan? cantik kan? sape cakap tak cantik memang nak kene gusti!

harga dia murah2 je. kebanyakan creepers harga RM69 je. *tp i still tak mmpu nak borong semua :p*

selain creepers , banyak lagi kasut-kasut yang lain. semua cantik!



ni boots yang i paling suka harga dia RM89 je :)

so, kalau korang berminat nak beli kasut2 yang cantik cenggini, boleh beli kat http://www.vicnity.com !

xoxo,
Naju Yusoff


Sebagai alasan untuk stop study

Assalamualaikum

Hmmm

Sebenarnya entry kali ni takde motif yang jelas. Sekarang ni i tengah ngantok . Tengah rehat sat , sat lagi sambung balik study untuk final exam. baru habiskan 5 notes over 11 notes. :')  6 more to go. yeah!!! ;{ 

tu la. org lain study awal2. kau pilih untuk berjimba dulu. sekarang ni org lain dah lapang dada goyang kaki angguk kepala , kau baru nak bersedih lenguh bontot study. struggle la kau sana perempuan. *berhujah kepada diriku sendiri atau lebih senang dipanggil monolog dalaman*  ekekekeke. tak lawak tak lawak 

ummm nak tulis ape lagi hah??

ni sekarang ni , i rasa terganggu dgn suara yang mcm mak2 memanggil anak. 

lebih kurang cenggini "nabila ooo nabila. nabila ooo nabila. nabila ooo nabila" 

tak. kau nak ape sebenarnya pepanggil banyak kali cenggitu. kuat pulak tu . aku yang tingkat satu ni pun boleh dengar -.-

si nabila tu pun , jawablah cepat. hurh

ok. dah perempuan. tak baik kau membebel pasal org lain dlm blog hingusan kau nih. dah dah. kau tu dah la tak habis study lagi, ada hati nak membebel pasal org lain *dush! tumbuk diri sendiri*

ok bye. 

xoxo,
Naju Yusoff



Saturday 22 March 2014

Entry maki maki maki



Assalamualaikum.
Ok. This is my second entry .


amek dari google. google amek dari tumblr. tumblr taktau amek dari mane o.o


Nak bebel pasal mereka2 yang suka post dekat moment wechat , lebih kurang 10 kali sehari , dan semua yang dipost tu bikin org serabut dan terlalu tidak penting dan membosankan dan buat meluat:

 *muka macam ustazah ready to "fire" bebudak ponteng solat jemaah*

1) Memanglah itu moment awak. Memang hak awak nak post2 kat moment tu. Tapi tolong la, consider pasal orang lain yang friend dgn awak tuh. Penuh wall kitorang dgn moment awak yang entah apa2 tu je. Seolah dipaksa baca those bullshits.

2) Makan ikan goreng pun nak kecoh bagitau kat wechat . ya ampun. Just eat it .silently. boleh tak?

3)Lagi satu, penuh post pasal BF BF BF BF. Eh cik kak, org lain pun ade BF . tak macam awak. Naik moto dgn BF pun nak bagitau. Bukan sekali. Like 10 times a day. Duk uuuulang bende same. BF BF BF BF. Sweet2 ngn BF nak bgtau org. Gaduh dgn BF pun nak bgtau. Nak cite pasal BF awak sekali sekala sokay lah. ni sepuluh kali sehari , melampau!

4)Suuukaaa post yang kononnya awak tu cool. Or ala2 gangster. Tetak orang bekecai otak. Kak Yong kawasan gitu. Contohnya “Gua bagitau lu la, gajah susah tumbang, lu jgn nak cari problem dgn ini gajah, lu cari problem, lu tumbang, gua bikin ini janji sama lu!” hmmmmmmmmmmmmmmm. Gangster sangat. Takot makcik eton. Sob sob!

5)Then cakap, “Tak suka BLOCK lah gua. Ni moment gua. Gua punya suka lah” 
Aku block kau plak yang terasa nanti.

Konklusi:

Serabut sgt ,i removed dia! . fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Lega.
Senang cite. Malas nak melayan.

Entry ni bukan berniat untuk membebel semata, tapi juga nak bagi nasihat nak bagi orang yang ade perangai macam ni celik. Orang taknak tahu semua activity harian awak. Bagitau mana yang penting or menarik. Makan ikan goreng sangatlah tak menarik so tak perlu bagitau. Sekian.

-          --This is my opinion . kalau sudi, kongsikan pendapat awak2 di ruangan komen. Kalau ada teguran atas kekurangan i pun silalah utarakan di ruangan komen. Thx!--

xoxo,
Naju Yusoff

Intro .

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu Malaysia tanah air ku yang tercinta. Ececeh. Patriotik sangat. Okeyh. Nama singkatanku Naju! Yusof tu nama arwah atuk. So bajet sweet cucu ni namakan this blog “Naju Yusoff : The door to my world” ececeh. Jet2 omputih nak door2 world2 bagai. Nama nak kelasss tak boleh blah. Isinya confirm meghapu. Takpelah. Bukan ke itu asas nak berbelog? Kene pandai meghapu? Tak gitu cik kiah , cik non , cik bedah oih? .Kenapa Yusoff bukan yusof ? sebab ayah i nama fakri. extra f tu gabung nama dia skali la. gedikkk nak gabung2!

mengade nak selit :p izinkan saya.

Tengok. Ini baru intro dah meghapu sakan. Eyh dah boleh bayangkn lah moganya ghupa entry2 i nanti. Mohon maaf lah kalau overdose gedik . mmg i lahir2 je dah gedik melalak ( cerita benar) . Sebenarnya i dah pernah ade blog sebelum ni. Tapi dah lama tak post anything kat blog tu. Sebab... ummm entah lah. sebelum ni da byk entry , cumaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bila baca balik segan + gelabah tapir = deleted everything!

Kononnya nak start over lah ni. Entah la menjadi ke idok. i ni suka meghapu tu mmg wajiblah tapi mmg jenis suka malu dengan karya sendiri. Sbb itulah da berkali2 try tulis novel tp smpai separuh jalan i stop. Malu. Segan. Gelabah. Bukan ciri2 novelis lah kan.

Atm, i study kat UiTM ***** **** (ce teke ce teke) . jet2 artis nak censor2 lokasi sebenar. Beselah. Takot paparazzi datang cari iols. Hikhikhik . hokalohhh gedik weh! Ok. Sambung. Gue masih anak remaja, baru dua puluh tahun umurnya ya. Mau dibilang bergetah itu satu penipuan karnanya body gue ini sudah kayak ibu yang lagi mengandung. Perutku besar ibaratnya hot air balloon gito yah. Ahaha. Jgn marah .. try guna bahasa indon is a fun thing to do what?

Cita2 ku menjadi archaeologist , hey! Sebab i minat SEJARAH!!!! GEOGRAFI!!! Tapi malangnya sekarang tgh buat diploma under health and science . jauh dah tergelincir dari cita2 sebenartu. Haih. Nasib la bila result spm tak cemerlang. Amek je mana course yang org campak. *tiada maksud nak hina course yg i amek sekarang , tapi mmg course ni bukan dlm bidang yg i minat, honestly!*

OK lah. sampai jugak akhirnya di penghujung intro yang panjang mengalahkan kisah Tanah Melayu dijajah Jepun . :p  Akhir kata , thx for viewing!

xoxo,
Naju Yusoff.